Saturday, July 18, 2020

Suara

Aku tidak pernah membayangkan aku bakal hidup dalam keadaan yang rumit dan menyesakkan seperti hari ini dan saat ini. Hidup aku seolah-olah 'dikawal' oleh sesuatu. Aku melalui hari-hari aku bersama 'suara-suara' yang bergaduh sesama sendiri untuk mengawal tindakan aku sehari-hari. Itulah aku yang mereka anggap gila. Aku tidak gila, aku sakit. Sakit yang dikepala dan merosak kehidupan aku sebagai seorang manusia. 

*** 

Pada awal tahun 2018 semasa aku masih mununtut di universiti dan sedang dihujung-hujung semester akhir sebelum aku menamatkan zaman asasi, aku telah melalui sebuah peristiwa hitam yang telah mengubah kehidupan seorang 'aku'. Rentetan daripada peristiwa hitam itu, di pertengahan tahun 2018 aku telah didiagnosis oleh pakar sebagai penghidap beberapa penyakit mental sekaligus. aku kini seorang anak muda remaja yang meghidapi PTSD dan MDD with anxiety di usia aku 19 tahun. Buntu. Saat itu aku juga kurang pasti akan istilah itu. Aku cuma diberitahu bahawa aku sedang sakit dan perlu mendapatkan rawatan. Cuma, yang pasti, hari-hari yang aku jalani begitu sunyi. Kosong. Jiwa ini tidak terisi. Aku mencari-cari tapi tidak pasti apa yang dicari.  Tatkala trauma itu kembali, ingin kusesah-sesah kedua tangan ini. Rasa terdesaknya ingin mati. “Aku sudah tidak berharga”, “Apalagi yang aku punyai dalam dunia ini?”, “Masih layakkah aku untuk bahagia dan membahagiakan?”. itulah antara kata-kata racun yang selalu menerpa. Mati, yang aku dahagakan hingga saat ini, rasa itu yang kadang-kadang pergi tapi kerapnya kembali.

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Masih sama, tiada yang berubah. Masih berlawan dengan diri sendiri dan suara-suara ini. Masih tidak pasti andai masih ada jiwa-jiwa yang fahami insan yang bernama aku ini.  Tuhan, masih panjangkah perjalanani ini? Masih begini, makin mencabar dan sedang dicabar. Tuhan, moga Engkau kuatkan.

Suara

Aku tidak pernah membayangkan aku bakal hidup dalam keadaan yang rumit dan menyesakkan seperti hari ini dan saat ini. Hidup aku seolah-olah ...